Pages

Monday, September 9, 2013

Wang & Anda: Masa dan Wang


Secara keseluruhannya, terdapat 4 jenis manusia di dunia:

1.   Tiada masa dan tiada wang.
 
Kebanyakan dari kita jatuh dalam kategori ini. Kita merupakan pekerja bekerja
 setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka 
juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebasan
 yang tidak dapat dikawal.

 

2.    Tiada masa tetapi ada banyak wang.
 
Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka lebih
bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak wang. Namun, 
mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada
pihak mereka.

 

3.    Ada masa tetapi tiada wang.
 
Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini.
Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan.

 

4.    Ada masa dan ada banyak wang.
 
Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh pada 
kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan wang. 
Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap ini.

Friday, September 6, 2013

Mutiara kata dari Jom Jimat

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56.
Salam sejahtera,

Rasa tak terlewat untuk mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

Di harapkan kita betul benar-benar merdeka dari segi rohani dan jasmani, serta pemikiran kita.

Information di bawah saya dapat dari kawan saya dan saya rasa amat sesuai saya letak di blog ini untuk renungan bersama dan juga sebagai rujukan di masa akan datang.

So jom sama-sama kit abaca dan fahami maksud yang tersirat dan juga tersurat.

  1. Prayer is not a "spare wheel" that you pull out when in trouble, but it is a "steering wheel" that directs the right path throughout.

  2. So why is a car's windshield so large and the rear view mirror so small? Because our past is not as important as our future. So, look ahead and move on.

  3. Friendship is like a book. It takes few seconds to burn, but it takes years to write.

  4. All things in life are temporary. If it's going well, enjoy it - that won't last long. If it's going badly, don't worry, that won't last long either.

  5. Old friends are gold. New friends are diamonds. If you get a diamond, don't forget the gold because to hold a diamond, you always need a base of gold.

  6. Often when we lose hope and think this is the end, it is just a bend, not the end!

  7. When ALLAH SWT solves your problems, you have faith in His abilities; when ALLAH SWT doesn't solve your problems, He has faith in your abilities.

  8. A blind person asked a wise man: "Can there be anything worse than losing eye sight?" He replied, "Yes, losing your vision!"

  9. When you pray for others, ALLAH SWT listens to you and blesses them; sometimes when you are safe and happy, remember that someone has prayed for you.

  10. Worrying does not take away tomorrow's troubles; it takes away today's peace.
If you really enjoy this, please pass to others. It may brighten someone's day. Maksudnya sekiranya anda sukakan kata2 di atas, share dengan kawan-kawan anda blog ini.

Monday, September 2, 2013

Wang & Anda: Beringat sebelum terkena.


Hakikat kehidupan pada masa ini adalah sesuatu yang anda dan saya tidak/sukar untuk dapat menerimanya.

Apa tak nya, setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatan kita tak naik-naik. Kalau ada kenaikan pun, ianya kecil berbanding dengan kenaikan harga barang. Dan juga jangan lupa yang kenaikan gaji hanya setahun sekali, manakala kenaikan harga barang mungkin 2-3 kali dalam setahun.

Sebenarnya setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup.

Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.

Jadi kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan menyerang kita. Jom kita kimat!

Monday, August 26, 2013

Wang & Anda - Apa itu wang?


Setiap orang mempunyai pandangan berbeza tentang wang. Ada yang menganggap wang adalah alat untuk membuat pertukaran. Kita menggunakan wang untuk menukarkan dengan sesuatu yang kita kehandaki.


Namun di zaman ini kita boleh katakan yang wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorang.

Lagi banyak wang, lagi kaya.

Lagi banyak wang, lagi di hormati.

Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.

Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusia lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda.

Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Mereka silap kerana cintakan wang yang menjadi tunjang kepada semua kejahatan. Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.

Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang sebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang menarik untuk di kongsi.

Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.

Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, ini bermakna wang sudah mengusai masa dan kehidupan anda.

Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah dengan mengetahui cara pengurusan wang yang betul.

Sunday, August 18, 2013

Wang & Anda - Apa Yang Kita Perlu Faham Tentang Wang?

Sekarang kita berada dalam situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Namun, dengan wang juga kita dapat berbakti kepada-Nya.

Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari kita perlukan wang untuk terus hidup.


Jadi apa yang anda perlu faham tantang wang?

Memang menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Ada yang mahukan rumah yang besar, ada yang mahukan kereta yang lebih besar dan pastinya semua dari kita ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepada kita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.

Anda tidak boleh harapkkan situasi berikut akan berlaku.

Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.

Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda dan berkata :

       Abu,ari ini saya nak naikkan gaji awak?

Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikan gaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada anda.

Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlu fikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yang sepatutnya.

Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda. Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.

Akhir sekali, mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatu perkara yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu yang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang. Anda bazirkan masa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yang sama.

Perlaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk menjamin masa hadapan.

Fikirkan perkara berikut:-


Gaji yang tinggi bermaksud lagi tinggi cukai anda kena bayar dan lagi tinggi kos untuk menampung kehidupan seharian. Anda perlu lakukan sesuatu untuk menjamin kesejahteraan hidup anda di masa hadapan.

Tuesday, July 30, 2013

Jom Kita Jimat Semasa Ramadhan

Salam sejahtera,

Sedar tak sedar kita dah menghampiri penghujung ramadhan. Bagaimana puasa anda setakat hari ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas, harapnya begitulah.

Bagaimana pula perbelanjaan anda semasa ramadhan, berkurang atau bertambah? Kalau berkurang baguslah, tapi kalau semakin bertambah, so kena check semula tabiat perbelanjaan kita.

Kali ini saya sertakan artikel yang ditulis oleh Jutawaan Internet kita Dr. Irfan Khairi berkenaan emosi ketika ramadhan.

Emosi memebeli Ketika Ramadhan

Oleh: Irfan Khairi

Thalib, dalam bulan mulia ini sudah tentunya kita penuhi dengan berbagai amalan mulia. Namun musim perayaan  juga amat dikenali sebagai musim perbelanjaan meningkat. Ada seorang kawan saya mengadu, bulan puasa sepatutnya perbelanjaan kurang sebab makan minum pun kurang. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya, makin bertambah perbelanjaan bulan puasa ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia membeli oleh kerana pengaruh perasaan dan emosi. Pengaruh dari segi logik juga ada, tetapi sedikit sahaja. Yang lebih menguasai adalah emosi diri membuat keputusan untuk berbelanja, membeli dan adakalanya membazir.

Teringat saya pada satu petikan Inggeris berbunyi "Don't buy on an empty stomach" Jangan membeli ketika perut kosong. Amat benar petikan tersebut kerana bila bulan puasa, perut kosong tambahan singgah ke pasar Ramadhan pula, masa tu lah perut mula berbunyi oleh kerana berbuka beberapa jam sahaja lagi. Berbagai juadah disediakan dari masakan utara, timur, barat hingga selatan. Ketika ini pasti emosi lapar ingin membeli kesemuanya tak kira harga!


Kompleks membeli belah dan pasaraya juga amat bijak menggunakan masa ini untuk memainkan lagu-lagu raya di sistem bunyi dalam menarik mood pengunjung ke "mood raya". Tahukah anda muzik amat mudah mempengaruhi minda dari segi emosi? Pusat membeli belah tahu keadaan ini dan sebab itu juga sering kali muzik digunakan dalam mempengaruhi emosi. Muzik rancak, seronok, dan menarik sering di mainkan dalam memberi mood positif kepada pelawat. Tidak pernah pula terdengar muzik death metal dan punk di mainkan  melainkan di kedai menjual barangan death metal dan punk untuk memberi  mood tersebut kepada pengunjung.

Semoga kita sama-sama menjaga emosi kita di bulan yang mulia ini.

Jompa lagi

Monday, July 22, 2013

Macamana uninstall Internet Explorer 10.



Salam sejahtera,

Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman downgrade Internet Explorer 10 (IE10).

Saya menggunakan Win 7 64bits, dan menggunakan IE9. IE bukanlah favorite browser saya. Saya lebih suka menggunakan Firefox, Chrome atau Maxthon. Namun atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa menggunakan IE. 

Jadi, semasa berbual dengan rakan-rakan, ada yang menyatakan yang IE10 lebih bagus dari IE9. 

Antara kelemahan IE9 ialah, kita hanya boleh melakukan 9 download serentak pada satu-satu masa. Manakala IE10 tiada limit sebegitu.

Jadi saya pun download dan install IE10 :-) . Pada mulanya semuanya berjalan lancer, hinggalah saya cuba masuk(log-on) ke website MAAtakaful. Untuk log-on tidak ada masalah, tetapi ada features yg tak berfungsi sepenuhnya.

So tak sampai sejam saya menggunakan IE10 saya terpaksa downgrade semula ke IE9.
Saya pun pergi ke control panel dan cari IE10 untuk di uninstall…IE10 tidak terdapat kat situ!!! 

Setelah men”Google” barulah saya tahu yang IE10 hanya lah di install sebagai update file, jadi sebab itu saya tidak jumpa di “install program list” yang ditunjukkan di ‘Program and Features”.

So saya klik kat “view installed update” untuk melihat update yang berkaitan dengan IE10. Lihat gambar di bawah.




Pilih “Windows Internet Explorer 10” dan klik “Uninstall”. Komputer perlu di restart untuk complete the uninstallation.
 



 

So kalau ada pembaca yang membaca blog ini ingin downgrade dari IE10 ke IE9, boleh lah ikut langkah yang dinyatakan di atas. 

Jumpa lagi. :-)
 



Pelaburan emas merugikan.

Selamat Sejahtera,

Saya terima email dari Affendi Hussin.salah seorang internet marketer di Malaysia berkenaan perlaburan emas. Jadi saya share kan di sini.

"Sekarang ni ramai betul orang yang memperkatan tentang emas. Lebih tepat lagi, menyimpan emas sebagai salah satu aset pelaburan.

Tambahan pula, harga emas dipasaran sekarang yang semakin murah menggalakkan begitu ramai orang yang berminat nak beli emas.

Betul ke emas ni benar-benar menguntungkan?

Tetapi, apa yang disampaikan oleh Azizi Ali ini, benar-benar mengejutkan, bahawa sebenarnya ramai orang yang menanggung rugi disebabkan emas, sedangkan emas itu sendiri menguntungkan..

Pelik? Saya sendiri pun pelik!

Tapi itulah realiti yang dikatakan oleh Azizi Ali.. Jika anda tak kenal siapakah beliau, beliau merupakan Millionaires Coach yang tersohor di Malaysia. Beliau adalah penulis, penceramah, dan juga Mentor Jutawan #1 Malaysia.

Berikut adalah 4 faktor kenapa anda perlu simpan emas:

1.Nilai wang semakin jatuh


Wang mengalami susut nilai,amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi.Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?sudah tentulah tidak.Tetapi jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak.inilah contoh paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2.Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat ..Simpan di ASB  dpt 8% dividen.Dan kenaikan hrga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun..

3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.


Jumpa lagi.