Pages

Monday, September 2, 2013

Wang & Anda: Beringat sebelum terkena.


Hakikat kehidupan pada masa ini adalah sesuatu yang anda dan saya tidak/sukar untuk dapat menerimanya.

Apa tak nya, setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatan kita tak naik-naik. Kalau ada kenaikan pun, ianya kecil berbanding dengan kenaikan harga barang. Dan juga jangan lupa yang kenaikan gaji hanya setahun sekali, manakala kenaikan harga barang mungkin 2-3 kali dalam setahun.

Sebenarnya setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup.

Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.

Jadi kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan menyerang kita. Jom kita kimat!

No comments:

Post a Comment