Setiap orang mempunyai pandangan berbeza tentang wang.
Ada yang menganggap wang adalah alat untuk membuat pertukaran. Kita menggunakan
wang untuk menukarkan dengan sesuatu yang kita kehandaki.
Namun di zaman ini kita boleh katakan yang wang adalah
kayu pengukur kehidupan seseorang.
Lagi banyak wang, lagi kaya.
Lagi banyak wang, lagi di hormati.
Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.
Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di
hormati oleh manusia lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang
kehidupan anda.
Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang
kepada semua kejahatan. Mereka silap kerana cintakan wang yang menjadi tunjang
kepada semua kejahatan. Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan
di selubungi kejahatan.
Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda
perlu jadikan wang sebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu
pepatah yang menarik untuk di kongsi.
Wang
adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.
Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, ini
bermakna wang sudah mengusai masa dan kehidupan anda.
Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda
adalah dengan mengetahui cara pengurusan wang yang betul.

No comments:
Post a Comment