Sedar tak sedar kita dah menghampiri penghujung ramadhan. Bagaimana puasa anda setakat hari ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas, harapnya begitulah.
Bagaimana pula perbelanjaan anda semasa ramadhan, berkurang atau bertambah? Kalau berkurang baguslah, tapi kalau semakin bertambah, so kena check semula tabiat perbelanjaan kita.
Kali ini saya sertakan artikel yang ditulis oleh Jutawaan Internet kita Dr. Irfan Khairi berkenaan emosi ketika ramadhan.
Emosi memebeli Ketika Ramadhan
Oleh: Irfan Khairi
Thalib, dalam bulan mulia ini sudah tentunya kita penuhi dengan berbagai amalan mulia. Namun musim perayaan juga amat dikenali sebagai musim perbelanjaan meningkat. Ada seorang kawan saya mengadu, bulan puasa sepatutnya perbelanjaan kurang sebab makan minum pun kurang. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya, makin bertambah perbelanjaan bulan puasa ini.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia membeli oleh kerana pengaruh perasaan dan emosi. Pengaruh dari segi logik juga ada, tetapi sedikit sahaja. Yang lebih menguasai adalah emosi diri membuat keputusan untuk berbelanja, membeli dan adakalanya membazir.
Teringat saya pada satu petikan Inggeris berbunyi "Don't buy on an empty stomach" Jangan membeli ketika perut kosong. Amat benar petikan tersebut kerana bila bulan puasa, perut kosong tambahan singgah ke pasar Ramadhan pula, masa tu lah perut mula berbunyi oleh kerana berbuka beberapa jam sahaja lagi. Berbagai juadah disediakan dari masakan utara, timur, barat hingga selatan. Ketika ini pasti emosi lapar ingin membeli kesemuanya tak kira harga!
Kompleks membeli belah dan pasaraya juga amat bijak menggunakan masa ini untuk memainkan lagu-lagu raya di sistem bunyi dalam menarik mood pengunjung ke "mood raya". Tahukah anda muzik amat mudah mempengaruhi minda dari segi emosi? Pusat membeli belah tahu keadaan ini dan sebab itu juga sering kali muzik digunakan dalam mempengaruhi emosi. Muzik rancak, seronok, dan menarik sering di mainkan dalam memberi mood positif kepada pelawat. Tidak pernah pula terdengar muzik death metal dan punk di mainkan melainkan di kedai menjual barangan death metal dan punk untuk memberi mood tersebut kepada pengunjung.
Semoga kita sama-sama menjaga emosi kita di bulan yang mulia ini.
Jompa lagi
No comments:
Post a Comment