Salam Sejahtera dari Jom Jimat.
Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.
Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan
Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
Itu lah pantun 4 kerat yang berkaitan dengan amalan berjimat cermat yg saya ambil dari blog http://tamanseribupuisi.blogspot.com .
Sememangnya amalan berjimat cermat digalakkan oleh semua agama dan bangsa sebab ia adalah amalan yang mulia.
Berjimat cermat bukan sahaja berkaitan dengan wang ringgit, tetapi juga berkaita dengan masa, tenaga dan juga usaha yang kita keluarkan.
Di blog Jom Kita Jimat ini saya cuba share tips-tips berkaitan dengan penjimatan dengan tag "JOM JIMAT"
Anda digalakkan menulis komen diruangan komen sekiranya ada pandangan tentang tulisan saya dan juga tips jimat cermat yang anda amalkan.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment