Pages

Tuesday, July 30, 2013

Jom Kita Jimat Semasa Ramadhan

Salam sejahtera,

Sedar tak sedar kita dah menghampiri penghujung ramadhan. Bagaimana puasa anda setakat hari ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas, harapnya begitulah.

Bagaimana pula perbelanjaan anda semasa ramadhan, berkurang atau bertambah? Kalau berkurang baguslah, tapi kalau semakin bertambah, so kena check semula tabiat perbelanjaan kita.

Kali ini saya sertakan artikel yang ditulis oleh Jutawaan Internet kita Dr. Irfan Khairi berkenaan emosi ketika ramadhan.

Emosi memebeli Ketika Ramadhan

Oleh: Irfan Khairi

Thalib, dalam bulan mulia ini sudah tentunya kita penuhi dengan berbagai amalan mulia. Namun musim perayaan  juga amat dikenali sebagai musim perbelanjaan meningkat. Ada seorang kawan saya mengadu, bulan puasa sepatutnya perbelanjaan kurang sebab makan minum pun kurang. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya, makin bertambah perbelanjaan bulan puasa ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia membeli oleh kerana pengaruh perasaan dan emosi. Pengaruh dari segi logik juga ada, tetapi sedikit sahaja. Yang lebih menguasai adalah emosi diri membuat keputusan untuk berbelanja, membeli dan adakalanya membazir.

Teringat saya pada satu petikan Inggeris berbunyi "Don't buy on an empty stomach" Jangan membeli ketika perut kosong. Amat benar petikan tersebut kerana bila bulan puasa, perut kosong tambahan singgah ke pasar Ramadhan pula, masa tu lah perut mula berbunyi oleh kerana berbuka beberapa jam sahaja lagi. Berbagai juadah disediakan dari masakan utara, timur, barat hingga selatan. Ketika ini pasti emosi lapar ingin membeli kesemuanya tak kira harga!


Kompleks membeli belah dan pasaraya juga amat bijak menggunakan masa ini untuk memainkan lagu-lagu raya di sistem bunyi dalam menarik mood pengunjung ke "mood raya". Tahukah anda muzik amat mudah mempengaruhi minda dari segi emosi? Pusat membeli belah tahu keadaan ini dan sebab itu juga sering kali muzik digunakan dalam mempengaruhi emosi. Muzik rancak, seronok, dan menarik sering di mainkan dalam memberi mood positif kepada pelawat. Tidak pernah pula terdengar muzik death metal dan punk di mainkan  melainkan di kedai menjual barangan death metal dan punk untuk memberi  mood tersebut kepada pengunjung.

Semoga kita sama-sama menjaga emosi kita di bulan yang mulia ini.

Jompa lagi

Monday, July 22, 2013

Macamana uninstall Internet Explorer 10.



Salam sejahtera,

Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman downgrade Internet Explorer 10 (IE10).

Saya menggunakan Win 7 64bits, dan menggunakan IE9. IE bukanlah favorite browser saya. Saya lebih suka menggunakan Firefox, Chrome atau Maxthon. Namun atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa menggunakan IE. 

Jadi, semasa berbual dengan rakan-rakan, ada yang menyatakan yang IE10 lebih bagus dari IE9. 

Antara kelemahan IE9 ialah, kita hanya boleh melakukan 9 download serentak pada satu-satu masa. Manakala IE10 tiada limit sebegitu.

Jadi saya pun download dan install IE10 :-) . Pada mulanya semuanya berjalan lancer, hinggalah saya cuba masuk(log-on) ke website MAAtakaful. Untuk log-on tidak ada masalah, tetapi ada features yg tak berfungsi sepenuhnya.

So tak sampai sejam saya menggunakan IE10 saya terpaksa downgrade semula ke IE9.
Saya pun pergi ke control panel dan cari IE10 untuk di uninstall…IE10 tidak terdapat kat situ!!! 

Setelah men”Google” barulah saya tahu yang IE10 hanya lah di install sebagai update file, jadi sebab itu saya tidak jumpa di “install program list” yang ditunjukkan di ‘Program and Features”.

So saya klik kat “view installed update” untuk melihat update yang berkaitan dengan IE10. Lihat gambar di bawah.




Pilih “Windows Internet Explorer 10” dan klik “Uninstall”. Komputer perlu di restart untuk complete the uninstallation.
 



 

So kalau ada pembaca yang membaca blog ini ingin downgrade dari IE10 ke IE9, boleh lah ikut langkah yang dinyatakan di atas. 

Jumpa lagi. :-)
 



Pelaburan emas merugikan.

Selamat Sejahtera,

Saya terima email dari Affendi Hussin.salah seorang internet marketer di Malaysia berkenaan perlaburan emas. Jadi saya share kan di sini.

"Sekarang ni ramai betul orang yang memperkatan tentang emas. Lebih tepat lagi, menyimpan emas sebagai salah satu aset pelaburan.

Tambahan pula, harga emas dipasaran sekarang yang semakin murah menggalakkan begitu ramai orang yang berminat nak beli emas.

Betul ke emas ni benar-benar menguntungkan?

Tetapi, apa yang disampaikan oleh Azizi Ali ini, benar-benar mengejutkan, bahawa sebenarnya ramai orang yang menanggung rugi disebabkan emas, sedangkan emas itu sendiri menguntungkan..

Pelik? Saya sendiri pun pelik!

Tapi itulah realiti yang dikatakan oleh Azizi Ali.. Jika anda tak kenal siapakah beliau, beliau merupakan Millionaires Coach yang tersohor di Malaysia. Beliau adalah penulis, penceramah, dan juga Mentor Jutawan #1 Malaysia.

Berikut adalah 4 faktor kenapa anda perlu simpan emas:

1.Nilai wang semakin jatuh


Wang mengalami susut nilai,amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi.Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?sudah tentulah tidak.Tetapi jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak.inilah contoh paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2.Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat ..Simpan di ASB  dpt 8% dividen.Dan kenaikan hrga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun..

3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.


Jumpa lagi.

Saturday, July 20, 2013

Rahsia Kejayaan Emas Sebenar.

Selamat Sejahtera,

Rahsia Kejayaan Emas Sebenar
JOM Jimat kali ini ingin berkongsi artikel oleh Saudara Zamri Nanyan berkenaan Emas.

Saya percaya ramai diantara kita mengetahui yang emas adalah satu logam yang amat berharga. Sebab tu lah ramai yang ingin memiliki emas, samada untuk perhiasan atau pelaburan.

Dan ramai juga yang telah tertipu disebabkan oleh emas. Kepercayaan emas adalah pelaburan 'safe heaven' telah membuat ramai yang tanpa berfikir panjang telah melabur dalam skim pelaburan emas. Yang mana akhirnya ramai yang kecundang, tertipu. dan sebagainya.

Memang emas adalah satu logam yang amat berharga sampai bila-bila, namum untuk menceburi bidang pelaburan emas kita perlu berilmu. Jangan ingat di sebabkan ianya berharga sampai bila-bila, kita boleh terus sahaja melabur tanpa belajar ilmu tentang pelaburan emas. Ini lah kesilapan besar yang di buat oleh kita. Membuat sesuatu tanpa ilmu.

Jadi bawah ini saya sertakan satu artikel oleh Zamri Nanyan berkenaan emas.

Tentang Rahsia Emas 
oleh: Zamri Nanyan
 Emas adalah satu logam yang amat berharga, dari dahulu, sekarang dan selamanya. Itulah sebabnya digalakkan kita melabur di dalam emas. Tapi sebelum melabur, pastikan anda ada ilmunya dahulu.

Azizi Ali sendiri pun telah habiskan pembacaan lebih daripada 50 buah buku tentang pelaburan emas. Barulah beliau kemudiannya melabur di dalam emas. Itulah betapa tingginya ilmu diletakkan oleh beliau sebelum melakukan sesuatu. Rahsia Emas adalah hasil pengalaman dan ilmu Azizi Ali.

 Jadi, pastinya ilmu yang anda dapat ini pun dirangkumkan daripada lebih 50 buah buku. Sekiranya sebuah buku berharga RM10, maka harga Rahsia Emas boleh mencecah RM500. Tetapi di manakah terdapat buku tentang emas pada harga RM10? Yang lebih mahal pasti ada. Oleh itu, anda sendiri akan berasa gembira untuk mendapatkan Rahsia Emas pada harga kurang daripada RM150.

 Tapi harga ini akan dinaikkan pada bila-bila masa. Kecuali anda ambil tindakan sekarang, mungkin esok harganya sudah meningkat naik.

Ikhlas,
 Zamri Nanyan

PS. pengajaran utama yang ingin saya sampaikan di sini ialah pentingnya anda mendapatkan ilmu dahulu sebelum melakukan sesuatu. Emas andalah satu pelaburan yang telah terbukti BAGUS tapi jangan tergopoh-gapah melakukannya sebelum anda dapatkan ilmunya dahulu:

Jom Jimat : Pengenalan


Salam Sejahtera dari Jom Jimat.


Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.


Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan


Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.

Itu lah pantun 4 kerat yang berkaitan dengan amalan berjimat cermat yg saya ambil dari blog http://tamanseribupuisi.blogspot.com .

Sememangnya amalan berjimat cermat digalakkan oleh semua agama dan bangsa sebab ia adalah amalan yang mulia.

Berjimat cermat bukan sahaja berkaitan dengan wang ringgit, tetapi juga berkaita dengan masa, tenaga dan juga usaha yang kita keluarkan.

Di blog Jom Kita Jimat ini saya cuba share tips-tips berkaitan dengan penjimatan dengan tag "JOM JIMAT"

Anda digalakkan menulis komen diruangan komen sekiranya ada pandangan tentang tulisan saya dan juga tips jimat cermat yang anda amalkan.

Jumpa lagi.



Hello World!

Hello World,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan blog saya nie yg bernama JOM Jimat.

Semoga anda semua selesa berada disini.

:-)